Program Pengesahan “Kualiti Kami” Nutella®

Nutella spread

Kepakaran SGS

SGS yang ditubuhkan pada tahun 1878 dan berpangkalan di Switzerland merupakan sebuah syarikat terkemuka dalam bidang pemeriksaan, pengesahan, pengujian dan pensijilan. Sebagai pembekal perkhidmatan swasta bebas, SGS mengendalikan rangkaian makmal ujian antarabangsa dengan kepakaran, pengalaman dan jangkauan global.

Program Pengesahan ‘Kualiti Kami’

SGS menjalankan program pengesahan untuk FERRERO bagi memastikan bahawa NUTELLA® spread dan bahan-bahannya memenuhi standard kualiti yang ditetapkan.

Standard kualiti ini disahkan oleh SGS secara bebas berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh NUTELLA® dalam program yang dilaksanakannya secara sukarela. Program ini menggabungkan proses audit, analisis makmal dan pemantauan pasaran.

Berikut merupakan 4 asas penting dalam Program Pengesahan tersebut:

  1. STANDARD KUALITI

Penetapan dokumen rujukan yang melakarkan secara terperinci Standard Kualiti yang digunakan untuk melaksanakan Program Pengesahan. Berdasarkan Standard Kualiti ini, SGS telah menyediakan Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk pelaksanaannya.

  2. AUDIT

Aktiviti pengesahan yang dilaksanakan oleh juruaudit SGS untuk mengesahkan bahawa FERRERO melaksanakan semua tindakan yang sewajarnya bagi mencapai Standard Kualiti yang ditetapkan dalam Program Pengesahan pada setiap masa. Aktiviti audit merangkumi dua aspek berikut:

Ibu pejabat: audit tahunan yang diumumkan untuk mengesahkan kriteria bagi pemilihan dan penyeliaan pembekal, di samping menjamin pematuhan terhadap Standard Kualiti yang ditetapkan dalam Program Pengesahan “Kualiti Kami” NUTELLA®

Kilang pengeluaran: audit tahunan, yang diumumkan dan yang tidak diumumkan, di semua kilang pengeluaran NUTELLA® di seluruh dunia. Semasa audit ini, SGS mengesahkan bahawa rancangan kawalan yang ditetapkan oleh FERRERO bagi setiap peringkat pengeluaran - daripada bahan mentah yang masuk sehingga produk yang sudah siap - dipenuhi 

  3. PENGUJIAN

Analisis yang dijalankan di makmal-makmal bebas, mengesahkan pematuhan kepada Standard Kualiti yang ditetapkan. Analisis ini dijalankan ke atas bahan-bahan dan produk yang sudah siap yang disampel di setiap kilang yang menghasilkan NUTELLA®.

  4. PEMANTAUAN PASARAN

Dari masa ke semasa, pensampelan secara rawak akan dijalankan pada produk yang diambil di tempat jualan untuk pengujian dan semakan label.

Mengesahkan Standard Kualiti

Untuk memastikan kualiti NUTELLA® spread dan bahan-bahannya terjamin, SGS memeriksa ciri-ciri kualiti yang tertentu.

 

×

NUTELLA® merupakan cap dagangan berdaftar FERRERO.